Skip to main content

Title TBD



 Disclaimer

Tiada sebarang plagiarize dari hak milik mana-mana individu. Cerita ini telah ditulis dan disimpan sejak dari hujung tahun 2017, dan tiada kaitan dengan sesiapa sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal. Copy paste dibenarkan secara bersyarat: kredit. Sekian, selamat membaca.






2011

Darlina terasa gembira yang amat. Setelah hampir dua minggu dia menanti nama pemenang giveaway lima keping postcard dari Turkey dengan penuh debaran, dan setelah sudah lama asyik rasa kosong, akhirnya hatinya kembali berbunga apabila namanya terpilih menjadi salah seorang pemenang bertuah. Tak tahulah nak digambarkan macam mana rasa bahagia tu. Kalau terkinja kinja satgi, orang kata sewel. Dia bersorak sorak jelah dalam hati.

            Postcard dikirimkan ke alamat rumahnya, tapi disebabkan ketika delivery, tiada siapa di rumah, hadiahnya dihantar semula ke pejabat pos. Dia terus bergegas ke pejabat pos pagi tadi setelah berjaya track di mana perginya postcard postcard itu.

            Senyuman di bibir masih tak lekang. Dalam masa yang sama, dia cuba menyembunyikan perasaannya dari ditebak orang sebagai gila. Dia mengorak langkah di sepanjang koridor kedai-kedai runcit sambil bersiul-siul halus. Ketika dia sudah menghampiri lokasi di mana dia memarkir basikalnya, dia terlihat seorang remaja lelaki berpakaian kusut masai sedang meraih orang ramai membeli beberapa kertas lukisannya. Perlahan-lahan dia menghampiri basikal.

            “Tolonglah kak, beli lukisan saya ni. Saya nak beli makanan.” Raihnya dengan suara serak-serak basah. Dia itu cuba sedaya upaya meraih perhatian orang ramai supaya mengasihaninya, namun ramai yang sekadar berlalu sepi seolah olah tiada perasaan.

            Darlina mengeluh simpati. Nak diberi duit, bilangan di dalam poket sendiri hanya cukup-cukup makan. Handle basikal dicapai kemudian Darlina mengangkat tongkat basikal. Dia ingin segera berlalu dari senario memilukan sebegitu.

            “Eh, aku cakap aku takde duit kau tak faham bahasa ke?” jerkah seorang wanita. Darlina yang mahu tidak mahu, segera menoleh ke arah mereka. Wanita itu menepis segala kertas lukisan remaja itu sebelum menolak dia sehingga tersungkur ke belakang. Buntang mata-mata mereka yang berada disitu, termasuk Darlina.

            Gadis itu diam memerhati dengan seribu keluhan. Telapak tangannya yang berada di handle basikal sudah berpeluh peluh. Kelihatan ada beberapa kerat manusia yang cuba meleraikan suasana tegang itu.

            “Apa kecoh-kecoh ni? Kau ni dik, jangan la paksa orang beli lukisan kau ni. Kakak ni, cakap dia takde duit, kan? Sudah lah.” Ujar seorang lelaki kepada remaja berpakaian compang camping itu.

            “Saya tak ada duit nak makan bang. Sebab tu,” kata-katanya dipintas.

            “Kami pun tak ada duit nak makan. Tapi kami kerja. Carilah kerja dengan tulang empat kerat, jangan meminta-minta. Faham dik?”

             Terus budak lelaki itu terdiam. Mata Darlina tak lepas dari terus memerhatinya.

            “Dia tak faham tu bang. Orang miskin macam tu mana reti faham bahasa. Eh, mana lah polis ni? Lepas tangan betul sampai gelandangan macam ni berleluasa mengganggu ketenteraman awam.” Bebel wanita tadi.

            Darlina mengalihkan matanya ke arah wanita itu. Dilihat atas bawah. Berisi tebal penuh lemak, berpakaian kemas dan pastinya berbau harum. Itukah yang dinamakan ‘tak ada duit’?

            Darlina berfikir sejenak. Dia tak mahu bertindak terburu buru mengikut emosi. Setelah lama membatu diri, akhirnya gadis itu menongkat basikalnya semula.

            Dia berjalan menghampiri tapak di mana manusia-manusia itu saling bertelingkah.

            “Abang, kakak. Sudah lah ye? Nanti saya bawakkan dia ke balai.” Ujar Darlina kepada makcik dan pakcik yang tadinya memarahi pemuda miskin itu.

            Seperti yang gadis itu sudah jangkakan, mereka- mereka itu akan memandangnya jengkel dan akhirnya bersetuju. Terdengar bisikan-bisikan puaka sebelum mereka beredar.
            “Nak tunjuk baik lah tu.”

            “Tu tak lain tu, mesti sekolompok jugak. Kalau tak, takdenya dia sanggup nak tolong orang busuk camtu.”

            Darlina mengeluh lagi di dalam hati. Dia duduk bertinggung dan memandang ke arah remaja tadi yang sedang menunduk. Barangkali dia malu.

            “Dik, berapa satu lukisan awak ni?” soal Darlina lembut.

            Remaja itu mengangkat mukanya yang sudah basah dilimpahi air mata. Sebak Darlina yang melihat. Dia meneguk liur dan menahan rasa.

            “Satu seringgit setengah. Saya dah dua hari tak makan. Nak beli roti je.” Dia menyambung tangis.

            “Dahlah, jangan sedih. Ni, awak simpan lukisan awak tu. Saya bagi duit, lepas tu kita pergi beli makanan. Kemudian awak ikut saya ke balai. Biar polis uruskan awak.” Ujar Darlina lagi, penuh santun dan bahasa. Niatnya hanya mahu menolong.

            Tersedu-sedu remaja itu, menyukarkan dia untuk berkata-kata. Jadi, dia sekadar mengangguk.

...

            Setelah membeli makanan, Darlina meminta remaja lelaki itu untuk mengikutinya ke balai polis berdekatan. Darlina menuntun basikalnya sambil berjalan di sisi remaja itu tadi.

            “Terima kasih, kak.”

            “Sama-sama.” Darlina tersenyum nipis. Telapak tangannya kini tidak lagi berpeluh.

            Angin kuat memukul-mukul tubuh mereka di sepanjang perjalanan menuju ke balai. Tiba-tiba, remaja itu menoleh ke arah Darlina.

            “Kenapa akak tak beli je lukisan saya? Tak cantik ke?” soalnya.

            Darlina tergelak kecil. “Bukan tak cantik. Sebab cantik lah akak tak nak beli. Akak nak awak simpan dulu. Bakat melukis awak tu besar, dan akak doakan awak akan berjaya buat duit dengan melukis suatu hari nanti. Jadi, bila dah berjaya nanti, awak tengoklah hasil awak. Hasil awak yang datang dari kosong. Masa tu, komfem awak bangga.”

            Remaja  itu terdiam dan kemudian memalingkan semula wajahnya ke hadapan. Dalam hati, sudah berbunga bunga. Kemudian senyumannya mati pula.

            “Kalau cantik, kenapa orang tak nak beli? Orang siap hina saya lagi.” keluhnya. Dia merasakan seperti Darlina sekadar cuba mengambil hatinya dan dalam masa yang sama, menipunya.

            “Sebab, kat dunia ni, tak semua manusia ada pendapat yang sama. Cara kita berfikir semuanya berbeza. Sama macam ibu jari kita. Tuhan jadikan setiap orang ada coraknya sendiri. Mungkin, diorang tadi, tak dapat tangkap seni awak. Tapi tak bermakna, mereka semua sama. Jadi, adik kena berusaha gigih, insya Allah kalau ada rezeki, nanti adalah tu orang yang akan hargai seni adik.” Balas Darlina panjang.

            Dia yang mendengar terdiam sekali lagi. Perbualan mereka tamat di situ sahaja sebelum sampai di balai. Beberapa minit kemudian, akhirnya mereka tiba di destinasi. Darlina membuat laporan yang sepatutnya dan setelah beberapa helai borang diisi, akhirnya prosedur tamat.

            “Terima kasih sekali lagi, kak.” Ujar anak muda tanpa nama itu. Mereka tak  berkenalan atas permintaan Darlina sendiri.

            “Baik. Adik jaga diri, tau. Jangan biarkan orang buli adik. Assalamualaikum.” Ucap Darlina sebelum dia menaiki basikalnya, meninggalkan pemuda misteri itu sendiri di balai polis.

            Darlina menunggang basikalnya dengan hati tenang walaupun dia tahu dia bakal menerima bebelan ibunya kerana wang saku telah habis dibelanjakan.
...




2017
            Darlina terkebil-kebil apabila enjin keretanya mati tiba-tiba. Cuba juga dia untuk menghidupkan semula enjin, namun tak berjaya. Dia keluar dari perut kereta dan buka boot hadapan. Tapi, dia yang tak berapa smart hal-hal enjin ni, tak dapart detect punca kerosakan.

            ‘Macam mana ni? Nak call plus ke?’ soalnya dalam hati. Dia bukannya risau sebab kena rushing untul hal urgent, tapi penatlah nak menunggu di bawah terik matahari. Tunggu tow truck pun mesti ambil masa paling tak pun sejam lebih. Penatlah sebab dia baru sahaja pulang dari kursus guru-guru tadika di Penang. Ingatkan boleh pecut sampai ke rumah awal bila bertolak awal dan ingatkan boleh lah landing cepat-cepat atas couch yang empuk, rupanya meleset saja semua angan-angan tu.

            Baru sahaja dia nak menekan dail talian plus, tiba-tiba ada ‘rezeki' pertolongan dari Tuhan, menghantarkan kepadanya sebuah kereta Honda yang melintasi kereta Viva miliknya yang tersadai. Kereta Honda Accord tersebut berhenti di hadapan keretanya yang berada di laluan kecemasan.

            Kelihatan seorang pemuda berwajah cina asli yang disinari cahaya terik mentari datang menghampiri. Dalam hati, dia berdoa yang baik-baik sahaja.

            “Assalamualaikum, kereta rosak ke cik?” soal lelaki itu yang didahulukan dengan ucapan salam.

            ‘Eh, muka sebijik cina. Ingatkan kafir.’ Monolog Darlina sendiri sebelum menjawab salam lelaki itu.

            “Tak tahulah rosak ke apa, tapi tadi tiba-tiba je enjin stop.” Ujar Darlina. Rinik di dahi diseka perlahan. Kemeja kosongnya yang berwarna biru lembut dikibar-kibar, usaha untuk menghilangkan peluh.

            “Dah lama ke kat sini? Maksud saya, dah lama stuck sini?” soal lelaki itu lagi apabila melihat Darlina gigih menghilangkan peluh.

            “Agaklah. Encik boleh tolong saya?”

            Lelaki itu bercekak pinggangnya. “Memang nak tolong pun. Kejap saya tengok part mana yang problem.” Dia membelek belek segala paip di bahagian boot itu.

            Setelah dapat menebak di mana puncanya, pemuda itu menepis-nepis habuk hitam di tangan. “Saya nak repair takde alat dia. Nak explain pun...” dipandangnya muka Darlina sebelum dia menyambung kata-kata. “Awak macam tak faham pasal kereta ni.”

            Darlina tersengih sahaja. “Memang pun. Aduh kereta ni. Mentanglah dia second hand, berani buat hal.” Keluhnya secara tidak sengaja.

            Lelaki berwajah cina itu tergelak kecil. “Takpelah, saya boleh call tow truck. Trow truck yang saya punya ni, diorang cepat je buat kerja.”

            Promote ke apa ni? “Saya pun boleh je call tow truck. Saya almost call plus tadi.”

            “Takpe, saya call dorang sekarang. Awak nak ke mana sekarang ni? Saya hantarkan.” Pelawa lelaki itu, dengan wajah manisnya.

            Darlina tak segera bersetuju. Dia menggaru-garu kepalanya.       
   
“Cik, nanti dorang ambil kereta awak, habis repair dorang contact saya. Then saya contact awak. Trust me, saya bukan orang jahat lah. Dorang akan handle masalah awak dalam masa sehari je. Paling lambat pun, esok awak dah boleh ambil kereta awak semula.” Jelas lelaki itu, seolah-olah memahami gusar di hati Darlina.

            “Hm, baiklah.” Akhirnya dia bersetuju, setelah berkira-kira. Nak berdegil sangat pun, dia juga yang merana.

            “Nice!”

...

            “Oh, stay sini ke? Takda lah jauh sangat dengan tempat saya.” Pemuda yang memperkenalkan dirinya sebagai Rizwan itu berkata lagi. Mereka sudah hampir sampai ke apartment tempat tinggal Darlina sekeluarga.

            “Awak stay mana?” soal Darlina dengan nada yang sedikit bergetar. Dia jenis awkward kalau berdua-duaan dengan lelaki yang baru dikenalinya. Tangannya bermain-main dengan hujung tali beg tangan.

            “Derlima Hills. Tak jauh pun.” Jawab Rizwan sambil memusing stereng kereta, masuk ke simpang kiri menuju parking lot apartment.

            “Oh, aah, tak jauh pun.” Kereta yang dinaikinya telah berhenti.
            Mereka bertukar salam sebelum Darlina pergi menuju ke ruangan lif, meninggalkan Rizwan dengan hati yang cukup tenang. Segala contact number telah bertukar tangan demi bisnes sebentar tadi.

...

            Perlahan-lahan dia membuntuti jejak langkah Darlina. Terjengket-jengket dia berjalan, supaya tak didengari Darlina. Mati dia kalau kantoi skodeng. Akhirnya apabila tahu Darlina di tingkat mana dan bilik nombor berapa, dia tersenyum lega. Matanya berair diiringi bibirnya mengukir senyum yang tak lekang-lekang apabila Darlina mengetuk pintu, kemudian pintu dibuka dari dalam, dan beberapa orang kanak-kanak menerpa dan memeluk gadis itu. Hatinya tiba-tiba takut, memikirkan kemungkinan bahawa kanak-kanak itu adalah anak wanita itu. Namun kembali lega apabila Darlina berkata, “Korang rindu akak ke korang tunggu hadiah semua ni?”

            Kemudian dia nampak wanita itu menyalami seorang makcik tua yang barangkali adalah si ibu. Tersentuh jiwanya apabila dia melihat Darlina berdakapan dengan makcik tersebut. Dia memusingkan tubuhnya setelah Darlina selamat masuk ke dalam rumah. Dia tersenyum lagi.

...

            Darlina menguak pintu biliknya dari dalam seusai menunaikan solat fardhu subuh dan mengatur langkah menuju ke dapur. Telinganya menangkap alunan suara ibu mengaji dari kamar tidur. Adik-adik masih lagi nyenyak tidur. Mereka biasanya akan dikejutkan sebelum sarapan dibuat jika pada hari sekolah. Tetapi, jika pada hujung minggu, mereka dikejut selepas Darlina siap menyediakan sarapan.

            Dari malam tadi dia sudah berkira-kira untuk membuat roti kirai sebagai sarapan dan dicecah dengan kari sardin. Sudah dua kali hujung minggu asyik ber’nasi lemak’, perutnya meminta tukar selera. Lagipun, bukannya susah ataupun leceh. Ditambah pula apabila moodnya tengah happy semacam.

            Bukan happy apa pun. Cuma lately ni dia terasa seperti urusannya dipermudahkan Tuhan. Dia bersyukur sangat apabila dia tak perlu bersusah payah pergi ambil keretanya di workshop, kerana syarikat tow truck itu sendiri yang menghantarkan mobil itu kepadanya. Bayaran pula, disebabkan direct line Rizwan dengan syarikat tersebut, dia hanya perlu bayar harga potongan. Alhamdulillah.

            Tiba-tiba, Darlina teringatkan sesuatu. ‘Lupa pulak nak cakap terima kasih kat Rizwan.’ Iyalah, dah la lelaki tu tumpangkan dia, tolong dia tarik kereta dan sebagainya lah. Boleh pulak dia lupa nak contact lelaki tu. Rizwan tu pun, tak tergerak ke nak tanya “Kereta dah dapat belum?”

            Eh, bukannya dia mengharap. Cuma, common sense lah, kan? Setelah siap dengan bahan roti kirai, dia beralih pula menyiapkan kuah kari. Cepat sahaja dia siapkan, roti kirai sahaja yang belum dibakar. Matanya beralih ke arah jam dinding. Segera dia membasuh tangan kemudian bergerak ke bilik si kembar untuk mengejut mereka bangun menunaikan solat subuh.

...




            “Along?” panggil ibu yang tengah menjahit sambil memerhati si kembar menyiapkan tugasan sekolah.

            “Iye, ibu? Ada apa?” Darlina mengeluarkan baju-baju yang sudah dibilas air bersih dari mesin kemudian memasukkan ke dalam raga untuk disidai.

            “Ada angah cakap dia sampai pukul berapa?” soal ibu. Angah akan pulang ke rumah untuk cuti semester.

            Darlina tersenyum sendiri. “Ada, dia cakap kat Along pukul 12 camtu dia sampai. Nanti Along pergi jemput dia kat stesen.” Ujarnya.

            “Along!” Anis menjerit memanggilnya.

            “Nak ikut!” giliran Anas pula. Darlina menggeleng-geleng kepalanya sambil tersenyum.

            “Baiklah, ikut lah ye. Korang memang suka berkepit dengan Along pun, kan?” dia tergelak kecil di hujung ayatnya.

            “Eh, kitorang excited nak jumpa Angah lah.” Ujar Anas. Dia berhenti buat kira-kira.

            Anis menutup bukunya. “Entah, bukan nak berkepit dengan Along.”

            Terdengar ibu ketawa tiba-tiba. Dia geli hati mendengar anak kembarnya yang menjawab gurauan Darlina. Semua lawak Darlina memang akan diambil serius oleh mereka berdua. Tak boleh chill langsung.

            “Seronok betul ibu tu.” Darlina mencelah. Dapat dia dengar ibu tak putus-putus gelak dari bahagian belakang dapur.

            “Along la ni, ajar budak-budak ni speaking. Mana depa celup entah perkataan excited tu.” Geli hati sebab pronounce ‘excited’ Anas tu bunyi macam ‘ek-hai-ted’. Almaklumlah, masih pelat makan cempedak.

            “Hahaha. Ibu ni, bukan Alonglah. Mesti cikgu English dorang yang ajar tu.” Dia turut mengekek- ngekek tawa. “Tapi sebutan macam cucur basi.” Dia pula yang ketawa besar. Seronok menyakat adik-adiknya yang masih kecil.

            “Eleh, bajet je Along.” Anis memeluk tubuhnya dengan muncung telah panjang sedepa.

            “Entah.” Sokong Anas pula.

            Baru sahaja Darlina mahu menyambung, terdengar ibu berkata ‘Dah. Anis, Anas, sambung buat kerja. Jangan layan Along tu.’ Dia pura-pura mencebik.

...

            Darlina sudah siap dengan kemeja button up yang half tuck in ke dalam slack hitamnya. Selendang di kepala sekadar di selempang. Dia sedang menunggu si kembar yang sedang bersiap. Kononnya nak pergi stesen kereta api kenalah melawa. Entah falsafah siapalah diorang terikut ikut sangat tu.

            Baru sahaja dia mahu menaip mesej kepada Rizwan, untuk memaklumkan perihal keretanya sekaligus mengucapkan terima kasih, tiba-tiba si kembar datang menerpanya tanpa salam.

            “Aik, dah menutup aurat dah Anis. Ingatkan tak insaf-insaf lagi.” Darlina mengusik Anis yang pertama kali menyarung tudung.

            “Eee Along ni, kan.” Dia buat gaya geram sambil mengepal penumbuk di sisi.

            Anas awal-awal dah bergerak dulu tunggu di muka pintu. Dia nak sarung boot dia la tuh, ujar Darlina separa bisik.

            “Jom. Ibu, kitorang gerak dulu ye. Ibu jaga diri kat rumah ni.” Ujar Darlina sambil tertunduk tunduk menyarung peep toe sling back heels nya.

            Baru mereka mahu bergerak menuju lif, tiba-tiba seorang lelaki yang tadinya kelihatan sedang melangut di tembok koridor, bersebelahan bilik mereka, berpaling ke arah Darlina dan adik-adiknya.

            Darlina mengangkat keningnya apabila lelaki itu adalah lelaki yang sama menolongnya tempoh hari. Rizwan kelihatan tenang dan tersenyum bersahaja dengan short sleeve tee plainnya yang berwarna putih.

            “Eh, encik Rizwan, buat apa kat sini?” soalnya hairan.

            Rizwan yang masih lagi beriak selamba berjalan menghampiri mereka. Dia yang tak terus menjawab pertanyaan Darlina, duduk bertinggung untuk melihat si kembar dengan lebih dekat.  Dia melemparkan senyum kepada Anis yang sudah menginjak setapak ke belakang.

            “Saya nak jumpa awak lah, cik Darlina.” Dia bangun berdiri semula. “Nak tanya pasal kereta. Rupanya budak-budak tow truck baru inform saya, dorang dah deliver Viva awak sampai ke sini.” Dia memasukkan sebelah tangannya ke dalam saku poket seluar.

            “Oh, pasal tu. Sebenarnya saya baru nak contact encik, tapi terlupa. Heee.” Ujar Darlina. “Tapi, macam tahu-tahu je kan saya duk bilik mana.” Dia tersengih plastic. Memang dia mengaku, dia jenis awkward.

            “Alah, apa susah. Saya tanya la orang sini.” Balasnya yakin. Matanya beralih ke arah Anas dan Anis. “They look a bit alike. Kembar ke?”

            “Aah, kembar tak seiras. Ini Anis,” dia mencapai bahu Anis. “Ini pula, Anas.” Anas tunjuk salam peace, membuatkan Darlina tepuk dahinya sendiri. Manakala, Rizwan sudah tertawa-tawa.
            “Berapa umur diorang ni? Mesti dah masuk sekolah kan?” soal Rizwan lagi. Cuba beramah tamah sedangkan mereka bertiga sedang mengejar masa.

            “Aah,  kitorang sekarang dah darjah empat. Kawan Along, maafkan kami. Kami nak kena cepat, nak pergi stesen kereta api. Nak ambil Angah.” Ujar Anas petah. Kalau Along tak boleh cakap, biar dia yang tolong cakapkan.

            Darlina sudah terkebil-kebil.

            “Betul tu. Sorry tau kawan Along. Kalau kami lambat, nanti Angah merajuk.” Anis juga sudah berani bersuara. Tadi bukan main menyorok.

            “Oh, sorry. Abang tak tahu. Sorry.” Dia menggaru-garu belakang kepalanya.

            “Eh, takpe, tak perlu ber sorry-sorry sangat encik. Encik datang sini pun sebab saya. Adik saya memang macam ni. Saya minta maaf, kami kena pergi dulu.” Ujar Darlina pula. Malu dia dibuatnya dapat adik kembar yang terlebih berani ni.

            “Okay, takpelah. Kalau saya tolong hantarkan korang pergi balik? Okay tak?” pelawa Rizwan. Darlina dah buat muka curiga dia dah.

            “Takdelah, sebab saya fikir camni. Saya baru je datang sini, silap saya jugak tak inform awak awal-awal. Tapi, macam tak efisyen je kan kalau saya datang pastu balik camtu je. Semata-mata, nak tanya pasal kereta yang kita boleh diskas over phone. Kan?” ujarnya sedikit lebar.

            ‘Dia nak cakap aku ni buang masa dia la tu. Tak nak mengaku direct. Humph!’ getus Darlina dalam hati. Riaknya yang tadi curiga bertukar menjadi tak berperasaan.

            “Baiklah.” Tapi ini kali last aku terhutang budi dengan kau. “Tapi, lepas balik ambil adik saya, saya nak kena pergi mall. Nanti awak drop je kami kat sana. Awak boleh balik.” Darlina melemparkan senyuman paling lebar miliknya di abad ini.

            “Takpelah, nak buat apa drop-drop ni.”

            “Habis tu? Awak nak shopping sekali ngan kitorang ke?” kali ni Darlina betul-betul pelik.

            “Tak jadi masalah kan? Ke awak tak sudi bagi saya join?” soal Rizwan dengan mimic cubaan merajuknya. Nak tak nak, takkanlah Darlina nak kena jujur, ‘memang tak sudi pun’. Benda basic, sepatutnya tak perlu dicakap. Faham-faham sendirilah. Hmmmm.

            “Hah, jomlah.” Rizwan tersenyum. Masih cuba berlagak selamba. Mereka bertiga terpaksa mengikut sahaja.

...

            Role Play oleh Yo Trane bermain di pemain audio kereta. Angah sedang bermain-main dengan Anas dan Anis. Sambil-sambil tu dia cuba menjeling tajam ke arah Rizwan melalui cermin tengah kereta. Macam mana lah mamat asing tu boleh tersangkut sekali dengan mereka adik beradik? Nak cakap boifren Along, memang tak lah. Tengok gaya sekarang pun tahu, bukan boifren dia.

            “Kita nak pergi mall mana?” soal Rizwan kepada Darlina yang sedang membuang pandang ke luar tingkap.

            Darlina menoleh ke arah si pemandu. “Ipoh Parade. Situ ada grocery.” Darlina memusing kepalanya ke belakang. “Angah nak beli apa-apa, ke?”

            “Ada, nak beli ridsect. Nak halau segala serangga kat bilik Angah. Benda yang tak diundang ni biasa kita kena halau. Kalau tak, hm sengsara kita.” Sarkastiknya dia balas.
            Darlina mengeluh dalam hati. Memanglah Rizwan ni tak diundang, tapi tak perlulah kita menyindir-nyindir dia. Tak mahu dah dia tanya apa-apa, nanti sakit pulak hati Rizwan ni.

            Suasana senyap sahaja sehingga sampai mall. Anis dan Anas sudah awal-awal tarik tangan Angah mahu ke popular, nak beli buku baru. Mulanya Darlina pun tak sedap hati ditinggal berdua dengan Rizwan ni. Rasa lelaki tu creepy semacam. Entahlah. Tak baik berburuk sangka.

            Rizwan menarik sebuah troli kemudian berjalan seiring dengan Darlina. “Nak beli apa dulu?”

            Darlina mendongak sedikit, memandang wajah bersih ala cina milik Rizwan itu. Dia 
mengeluh lagi dalam diam. “Takpelah, encik. Biar saya je jalan sorang beli.” Dia menarik troli dari tangan Rizwan. “Encik pergilah jalan-jalan kat tempat lain dulu.”

            “Taknak.” Jawab Rizwan sepatah. Eh, main taknak-taknak pulak. Degil!

            “Hm, kenapa pulak?” Darlina terkejut sebenarnya mendengar respon lelaki tersebut. Dia menarik nafas sebentar. “Sebenarnya encik,”

            “Sebenarnya awak awkward. Yelah kita baru kenal, out of nowhere, suddenly saya berlagak macam dah lama kenal awak.” Potongnya. Darlina sudah menggigit-gigit bibir bawahnya. Rizwan menyambung lagi, “Maaf, tapi saya jujur dan ikhlas, saya nak berkawan dengan awak.”

            Nafas Darlina bagaikan terhenti saat itu. Dia mengerdip-ngerdipkan matanya beberapa kali. “Oh, wait what?-” Rasa macam high lepas habis stone.

            “Tak salah, kan? So let’s be friends and tak perlu lah awkward dengan saya.”

            Entahlah. “Huh, okay. Fine. Whatever.” Malas dia nak bercakap apa dah. Cakap pun asyik kena potong. Baik dia cepat, ibu tunggu barang masak. Lagi cepat, lagi bagus. Lagipun, kawan je. Tak salah pun, ugh.

            Rizwan tersenyum nipis. Dia tak mahu memaksa, tapi dia tekad untuk berusaha. Slowly, but surely.

...

            Beberapa hari sudah berlalu sejak hari kejadian, dia dan Rizwan kini sudah menjadi ‘kawan’. Cuma belum terlalu akrab. Dah tentu-tentulah Angah bising. Habis ibu tahu cerita. Terpaksa lah dia spill the tea dari awal. Nasiblah Anas dan Anis masih kecil, tak adalah diorang nak kepoci sekali.

Tahulah dia serba sedikit pasal Rizwan tu. Dia anak tunggal dalam keluarganya. Dia tinggal sendirian dengan ayahnya sejak orang tuanya berpisah enam tahun lalu. Pernah Darlina tanya sekadar berbasa basi tentang wajahnya yang berupa seperti cina asli. Jawab Rizwan, ibunya muallaf. Dia sekarang bekerja sebagai grafik designer di syarikatnya sendiri. Ayahnya ada sebuah syarikat perusahaan sendiri, tapi Rizwan lebih kepada mahu sesuatu yang mengikut nalurinya. Syarikat ayahnya kini diurus orang kanan mereka kerana ayahnya sudah tidak mampu untuk bekerja.

Rizwan datang dari mereka yang berada. Tetapi, tidak dia. Entah apalah yang membuatkan Rizwan mahu berkawan dengannya. Itu juga salah satu sebab kenapa dia tak mahu terlalu rapat dengan Rizwan pada mulanya. Kerana dia sangsi. Fikirnya, mungkin Rizwan ada agenda dia yang tersendiri. Tapi, dia tiada bukti untuk menuduh. Jadi, dia sekadar tunngu dan lihat. Apa-apa pun, dia sudah bersedia untuk segala kemungkinan.

            Rizwan itu pula, nampak ‘macam’ benar-benar tekad. Kalau ada je masa free, mesti dia nak berjumpa Darlina. Sehinggakan gadis itu rasa seperti lelaki itu bukannya kawan dia lagi dah, tetapi dah upgrade jadi boifren.

            Baru-baru tadi, Darlina ada terima satu mesej dari dia. Katanya mahu ajak makan tengahari bersama.

            Rizwan > After lunch, boleh awak teman saya pergi satu kedai ni kejap. Pls...

            Baiklah, wateve.

            Darlina> Sure

            Seperti yang dirancang, Rizwan telah sedia ada di depan pagar sekolah tempat Darlina bekerja apabila gadis itu menjengah keluar dari pagar untuk pergi makan. Bukan main lagi gaya dia posing sandar kat kereta.

            “Hi.” Ujarnya sambil membuka pintu penumpang untuk Darlina. Gadis itu sekadar menyumpah-nyumpah dalam hati. Menyumpah-nyumpah pun, curi pandang jugak tengok raut wajah lelaki itu.

            Seperti biasa Darlina lebih suka mendiamkan diri jika dia berdua-duaan dengan Rizwan. Masih kekok.

...

            Selepas mengisi perut dan menunaikan kewajipan solat fardhu, Darlina dengan muka kantuknya separuh hati merelakan dirinya menemani si Rizwan ke sebuah kedai motokar jenama Honda.

            Rizwan membiarkan gadis itu mundar mandir sendirian sebelum dia datang semula untuk bertanyakan model manakah yang dirasa menarik oleh gadis itu.

            “Kenapa tanya saya? Awak kan yang nak beli kereta?” soal Darlina hairan. Nak menunjuk ke yang dia mampu beli banyak-banyak kereta? Ish.

            “Tak, begini. Your opinions matter. Sebab tu saya mintak awak temankan. Saya tak reti decide kalau bab-bab ni.” Jelas lelaki itu. Wajahnya masih tenang walau hatinya sudah kencang kerana risau jika Darlina memarahinya kerana permintaannya itu.

            Darlina menjulingkan matanya. “Fine. Kalau saya..” dia berjalan menuju sebuah model berwarna merah hati. “Saya suka ni.” Dia menunjuk ke arah model HR-V. “Well, guys maybe tak prefer ni sebab buntut dia terkeluar panjang sangat. But personally, I like this.”

            Rizwan menggaru-garu hujung dagunya. “Shape dia hampir sama dengan Viva awak.”
            “Yelah, bezanya Viva saya second hand dan murah berbanding Honda ni.” Darlina mengujar serius.

            “Kisah apa murah, asalkan function. Okaylah, demi awak saya buat comparison lain. Shape dia macam model Jazz, takpun lebih similar, macam model BR-V pun ada.” Dia buat lawak hambar dah, demi mengambil hati Darlina.

            “Whatever. Saya dah bagi opinion saya. Sekarang, awak pilih sendiri. Saya nak duk luar jap, ambil angin.” Darlina keluar membawa diri sementara lelaki itu buat keputusan. Langkahnya diperhati sahaja oleh lelaki bernama Rizwan itu.
...


            Beberapa hari kemudian, tiada sebarang mesej dari Rizwan. Ada jugalah membuatkan Darlina rasa serba salah. Mungkin dia terover reaksi dan sensitif tak kena tempat. Atau mungkin sebenarnya, dia tak terasa pun. Saja nak buat-buat terasa. Eh, ew. Janganlah Darlina, kau nak minta dipujuk pulak. That’s a big no-no. Takpelah, mungkin Rizwan sebenarnya memang nak berkawan dengan dia. Datang bila senang, ciao bila dah ada member lain. Wateve.

            Di rumah, setelah menyiapkan butiran seperti yang dikehendaki pihak pendidikan, Darlina menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Terasa seminggu di sekolah, seolah-olah macam kerja buruh setahun. Kalau setakat mendidik tu tak mengapalah, ni nak kena kerja macam staff kewangan pulak. Kena buat kira-kira.

            Nasib baik esok dah hujung minggu. Dia nak berehat sakan. Terasa sunyi pula bila tiada Angah. Ibu pula mesti sedang sibuk menjahit baju yang ditempah. Si kembar tu pastinya dah tidur. Aih, Rizwan pula senyap je.

Tidurlah kau, Darlina. Jangan lebih-lebih. Kau dah biasa kan hidup susah? Soal hati, biar Tuhan uruskan.

Selamat malam dunia!
...

            Disebabkan dia ‘cuti’ harini, jadi dia bangun lewat sikit untuk menyediakan sarapan. Tengok-tengok jam, bukan terlewat sikit, rupanya terlewat banyak. Mungkin badannya terlalu letih.  Pergi-pergi dapur, figura ibu dah tercangak ada kat situ tengah menjamah sarapan
.
            “Ibu  masak untuk sarapan ni?” soalnya sambil mengeluarkan botol air sejuk dari dalam peti ais.

            “Nasi goreng udang. Gerak Along, ditepis-tepisnya tangan ibu.” Kata ibu.

            Darlina tersengih malu. “Ampun, bu. Tak sedar. Along letih sangat agaknya.”

            Ibu menyudahkan kunyahannya. “Takpe, ibu faham. Along rehatlah ye.” Ibu kemudiannya bingkas menolak kerusi ke belakang dan bangun menuju ke sinki. “Tolong basuhkan pinggang ibu ni. Malas pulak nak basahkan tangan. Ibu pergi jemur baju jap.”

            “Baik, ibu.” Dia segera membasuh pinggan ibu sebelum matanya meliar mencari adik-adiknya. Tidak kelihatan mereka berdua di ruang tv mahupun bilik tidur. Tak lain tak bukan pergi melepak kat rumah Iman la tu. Suka sangat pergi rumah budak tu, mentanglah dia ada semua koleksi power rangers. Ligat betul kembar dua orang tu, hish. Pagi-pagi dah merayap.

            Darlina bergegas semula ke biliknya untuk mandi. Kejap lagi dia mahu keluar sekejap untuk membeli barangan peribadinya.

...


            Balik sahaja dia ke rumah, dan baru sahaja dia mahu menanggalkan kasut, ibu sudah memanggil namanya berkali-kali. Segera dia mendapatkan ibu di couch.

            “Ada apanya, ibu?” soalnya termengah-mengah.

            “Ni,” ibu menyua segugus kunci kereta, jenama Honda. “Ada sorang laki ni tadi singgah rumah kita. Anas kata dia kawan Along.”

            Gugus kunci bertukar tangan. Darlina masih lagi terpinga-pinga, cuba menghadam situasi. “Muka macam cina ke?” wajahnya berkerut apabila dia bertanyakan soalan itu kepada ibu.

            Ibu diam sejenak untuk ingat semula kemudian dia mengiyakan. “Kawan Along yang mana ni? Kenapa dia suruh bagi kunci kereta ni kat Along?”

            “Ah, kawan dah agak lama la jugak. Along pernah cerita kat ibu lah. Tapi, dia ada cakap apa lagi kat ibu?” oh, tak mesej dah sekarang ni. Main bedal je kau eh.

            “Dia cakap kat ibu, suruh bagi kunci ni kat Along. Katanya sebagai hadiah. Itu je lah.” Kata ibu berjela. Dia menepuk peha Darlina ketika gadis itu kelihatan sudah terbang tinggi. “Hadiah apanya Along? Birthday ke? Aik, takkan la sampai bagi kereta.”

            Darlina menggeleng-gelengkan kepalanya. “Itulah, Along pun tak tahu. Lagipun ibu...” dia merengek. Nampak sangat ibunya sudah lupa tarikh hari jadinya. “Birthday Along lambat lagi.”
            “Hah, ibu terlupa. Heeee.” Ibu tersengih panjang. Tiba-tiba dia menyambung dengan nada serius. “Tapi, Along tak buat benda bukan-bukan, kan?”

            Darlina memandang ibunya dengan pandangan pelik sambil mencebik. “Ibu ni, Along tak buat la apa yang terlintas kat kepala ibu tu. Sekarang ni, Along nak pergi jumpa dia. Along nak penjelasan dan nak cucikan nama Along semula.” Dia nak double confirmkan dan yakin kan ibu yang dia masih sedar apa yang dia buat sehari hari.

            “Hah, jangan gaduh pulak.” Mata ibu mengekori langkah anaknya dengan penuh doa. “Hati-hati drive, Along.”

...


            Kereta hadiah Rizwan itu dikesan melalui alarm. Dia mahu memulangkan semula benda yang bukan haknya dan benda yang melibatkan maruahnya.

Dia tak tahu alamat rumah Rizwan. Jadi dia bergegas dahulu ke tempat kerja lelaki itu. Lelaki itu pernah membawanya ke situ. Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus mendapatkan maklumat, dan Alhamdulillah lelaki itu tiada appointment luar, terus dia memecut pula ke Derlima Hills.

            Setibanya dia di hadapan rumah agam yang dikatakan milik Rizwan bin Hanafi Ismail itu, dia menekan loceng berkali-kali sehingga ternampak figura Rizwan sedang menuju ke arah pagar.
            Pagarnya terbuka automatik. Rizwan masih dengan riak tenangnya membuatkan Darlina terasa lebih tercabar. Apa game lelaki ni sebenarnya?

            “Assalamualaikum, Rizwan.” Ucap Darlina. Dia cuba mengawal emosinya dengan menghembus nafas berat.

            “Waalaikumussalam, Darlina. Ada apa, ye?” soal mamat kacuk cina tu.

            “Ni, saya nak pulangkan kunci ni.” Darlina menghulurkan gugusan kunci itu kepada Rizwan. “Terima kasih lah, tapi saya tak mampu nak terima hadiah mahal macam ni.”

            Wajah Rizwan bertukar gelora. Dapat dilihat dari ekor matanya, kereta Honda HR-V itu diparkir berdekatan. Air liur yang terasa berpasir diteguk.

            “Simpanlah, Darlina. Tu hadiah saya untuk awak. Saya ikhlas.” Ujar Rizwan.

            Darlina ketawa sinis dan menjulingkan matanya ke atas. “Ikhlas? Is it ikhlas kalau ibu saya fikir anak dia ni buat benda bukan-bukan? Dia tak lah tengking saya lagi, tapi saya tahu dia makan dalam. Sepanjang hidup kami anak beranak, orang menjauh dengan kami bila kami minta pertolongan. Tapi bila kami tak hadap, begini pula jadinya."

            Rahang Rizwan jatuh ke bawah. “I’m so sorry Darlina. Saya tak ada niat nak twistedkan benda. It is just, saya nak hadiahkan kereta tu untuk awak.”

            “Huh, really? So persoalannya kenapa? Why car? You wanted to end things between us? Kalau ye, stop lah Rizwan. Saya tak boleh handle bab-bab kawan ni. Kalau awak tak nak kawan dengan saya lagi dah, just say so. Tak perlu kut hadiah-hadiah macamni.” Marah Darlina dengan suara dalamnya. Dia tak mahu menaikkan oktah dan buat kecoh. Tangannya sudah terketar-ketar.

            “Darlina, why are you so twisted? No, saya still lagi berkawan dengan awak. Friendship are not supposed to be broken. Even, kalau saya menikah dengan awak dan jadikan awak life partner saya sekalipun, we’re still friends. Kereta tu, is just my present for you.”

            Nafas Darlina turun naik sambil matanya tajam mencerlung lelaki di hadapannya itu.

            “So why didn’t you text me first? At least. Bagitau saya over phone. Kenapa macam nak menjauhkan diri?” Darlina cuba menahan air matanya yang bergenang dari tumpah.

            Rizwan melepaskan helanya. “Darlina, you seemed so upset that day. I didn’t mean to hurt you, but you did hurt. So, I thought I was gonna gave you some times to relax and chill. Tak sangka pulak you were waiting something from me.” Dia tersenyum dan memandang wajah Darlina yang kemerahan akibat menahan marah dengan pandangan sayu.

            “Do you have feeling for me, Darlina? Like some sort of crush feeling, perhaps?” soalnya lagi dengan lemah lembut. Mencairkan ego dan amarah Darlina. Melembutkan semula hati wanita yang pernah membantunya ketika dia jatuh dahulu.

            Mulanya Darlina diam sambil menggigit bibir bawahnya, tapi.., “Yes, I like you. Kenapa? Tak boleh? Siapa suruh awak baik sangat dengan saya?” gadis itu memalingkan mukanya apabila dia sudah berkata-kata. Rahang gigi diketap rapat.

            Rizwan sudah tersenyum lebar. “Masuklah dulu, minum air. Mesti awak penat kan drive laju-laju, semata-mata nak marah saya je.” Nasib dia tak mention pasal confession yang tak dirancang tu.

            Suka la tu dengar pengakuan orang. Ugh.

            Rizwan yang sudah kedepan menoleh ke belakang. Kelihatan Darlina masih lagi berdiri tegak di tempat yang sama, tak berganjak. Tunjuk perasaan lah tu.

            “Come on Darlina. Panas tu, awak nak berdiri sampai bila kat situ?” soal Rizwan. Darlina tidak menjawab. Mukanya masih merah padam. Kesiankan gadis itu, Rizwan berpatah balik semula ke arah dia. Tetapi, baru sahaja Rizwan membuka langkah, Darlina pecut lari menuju ke kereta.

            Rizwan yang sudah risau, cepat-cepat mengejar. Nasib baik lelaki itu sempat menahan pintu kereta dari ditutup laju oleh Darlina.

            “Kenapa ni, Darlina? Kenapa lari? You will hurt yourself, tahu tak?” soalnya lembut.

            “Go away!” dia menekup mukanya ke atas stereng kereta. Malu tak terkata.

            “Okay, but first, tell me why awak lari? You could have torn your own skin, Darlina. Cakap dulu, baru saya pergi.”

            “Malu.” Darlina bersuara perlahan. Perlahan sangat sampai Rizwan tak dapat tangkap.
            “I’m sorry, what again? Saya tak dengar. Perlahan sangat.” ujar Rizwan yang kedengaran seperti memaksa di telinga Darlina.

            Terus gadis itu mengangkat muka sembamnya dan berkata dengan oktah sedikit tinggi dari biasa, “Saya cakap, saya malu. Puas?”

            Rizwan ketawa kecil tapi terhenti apabila sedar wajah Darlina masih lagi mencuka. Di benaknya, dia sudah sedia untuk berkorban segalanya demi wanita itu. Mungkin masanya telah tiba, getusnya sendiri.

            “Kenapa nak malu? Bukannya benda buruk pun nak dimalukan.” Rizwan mengulas pendapat jujurnya.

            “Malu, lah. Perempuan yang jatuh hati dulu. Pastu, perempuan yang mengaku dulu. Lagi malu,kalau dia syok sendiri.” Darlina mencebik.

            “Hm, begitu pulak.” Rizwan menggeleng-gelengkan kepalanya. Kemudian dia duduk mencangkung di tepi kereta. Darlina terpaksa menundukkan kepalanya pula, tadi mendongak.

            “Saya tak rasa awak jatuh cinta awal daripada saya. Bila awak sedar awak ada perasaan dekat saya?” Soalannya penuh muslihat, jadi teragak-agak Darlina menjawab. Tapi timbul sedikit rasa lega apabila lelaki itu secara tidak direct, mangaku yang dia mempunyai rasa yang sama.

            “Entahlah, maybe time kita selalu lunch together, cara awak tegas dalam melaksanakan solat fardhu on time dan effort awak yang saya tahu gigih tebalkan muka walaupun disindir adik-adik saya. Humph, paling terasa bila awak diam menyepi tak text.”
            Rizwan tersenyum. “Saya awal lagi dari tu.”

            Jawapan Rizwan membuatkan Darlina terkejut anak beruk. Dia menekup mulutnya dengan kedua-dua telapak tangan. “Don’t tell me, cinta pandang pertama, time awak tolong saya kat jalan tu.” No, tu fairytale sangat deknon oi.

            Lelaki itu ketawa kecil melihat reaksi gadis itu. “You sure don’t remember me. It was six years ago. We were both 18 girl and boy masa tu.”

            Dah datang dah episode muka blur seorang Darlina. “Huh?”

            “It was at that time, I feel warmed and comfortable walking beside you. Dengar saya nak flashback ni. Tapi macam panjang, so could you give me a sit?” Rizwan masuk duduk di kerusi sebelah pemandu. Pintu dibiarkan terbuka, bagi mengelakkan fitnah.

            “Saya sebaya awak je, but probably because of my poor appearance, you couldn’t recognise me. Awak serius la tak ingat budak miskin papa kedana yang jual lukisan tepi kedai tu? Yang ada sorang makcik bambam ni tolak saya. Cuba ingat.”

            Agak berminit-minit juga Darlina cuba flashback. Dan apabila Rizwan hampir putus asa, Darlina bersuara “No way, budak tu..” dia memandang wajah Rizwan dengan mata tak berkedip.
            “Ye, that boy is me, I was that boy. Suprise! Hahaha.” Rizwan gelak plastik sambil menjatuhkan pandangannya ke atas riba sendiri.

            “Okay, but how? Apa jadi sebenarnya time tu?” soal gadis itu bertalu-talu. Tuhan, sungguh dia terkejut dan tak sangka. Seingat dia, budak lelaki enam tahun lepas itu dihantar ke balai polis. Itu kali terakhir dia nampak remaja miskin itu. Ceh, miskin lah sangat.

            Rizwan menghela nafas. Cerita yang mahu dia kongsikan itu bukannya cerita para bangsawan yang berparti setiap malam. Tapi ceritanya sarat dengan perih seorang anak yang dahagakan kasih ibu.
           
“The same year, 2011. Mama saya, was caught cheating with another guy. There were a lot of episodes of quarrel between mama and babah. She was almost never there when I needed her. One day, dia minta babah lepaskan dia. Of course, babah was hurted. I was there, nampak dia lawan perasaan. I asked her to stay, and asked her the same question evry time I see her, ‘why she did such thing when she had everything? And how she gonna compensate for babah and my losts?’ I naively thought she would change, because to me, she would never leave her son behind. But she did it anyway.

            I was broken, and I felt so unhappy. The hatred in me was growing bigger day by day. I skipped collage, and hanged around and only came back home at late night. I hate my place, I hate remembering those happy and broken moments together and I hate looked at babah, cried almost every night and became sicked constantly because of that woman. So, I decided to leave. Yes, i leaved him alone. I was so selfish.” Dia mengeluh hiba.

            “No one was there for me. I starved myself outside and waiting to die, but I did not. Saya tak nak balik rumah. Saya belum ready untuk move on dan terima semuanya. So what I did, I drew for living. However, as you saw how ‘well’ I was at that time, saya tak mampu survive dengan cara tu. I believed that Allah sent you for me masa tu, because you really helped me a lot. Made me realised that someday I will find my own happiness, made me realised I should not torture myself because of others’ mistakes and made me realised that not everyone is bad eventhough this place isn’t always a good place. The moral is I should move on. Maybe my story with mama was already ended, but I could create another better version when it is my time. I should not waste and leave babah suffered alone. I should learn not to cling to my past. Because, you could have spent your own money and not wasted the amount of yours for me, you could have leaved me and be selfish, but you did not. Jiwa awak besar in a good way. You are that one soul that would never hurt others easily.” Dia mengangkat wajahnya dari tertunduk dan menghala pandangan ke arah wanita di sisinya di saat itu.

            “I never expected to meet you again, but setiap kali sembahyang, saya berdoa agar awak dilindungi Allah. And only Allah knows how happy I was when I met you again, after six years. Who could have known that, right?” Dia meneruskan kata-kata dengan segaris senyum nipis di bibir. “Bila saya nampak awak kat tepi jalan, sekali pandang saya dah boleh agak itu awak. Muka tak berubah. And saya ingat just nak kawan je, but somehow dari hari ke hari saya rasa macam tak boleh jauh dengan awak.”

            Mata Darlina yang basah tadi sudah kering. Pandangannya sayu sahaja. Hatinya tersentuh dengan cerita dan penggayaan bahasa lelaki itu. Dia juga punya sejarah tersendiri. “Indeed, it is a story written by the greatest of the writers. Maybe kita dipertemukan untuk saling mengubati. You lost your mama, and I lost my dad. Dia tak curang, but a very hot temper and had poor anger management. He would hit ibu for certain purposes, which bagi saya he could have solved it in better way. When I was forteen, he passed away. Saya sedih, sebab he could have done a lot better while he was still alived. May Allah forgive him.”

            “Amin, insya Allah.” Balas Rizwan, masing-masing terbawa-bawa dengan kisah sendiri. “Anyway, it is not a bad thing if a girl fall for the guy first or confess it. In actual fact, I’m proud of you when you said things that I should have said earlier.”

            Akhirnya, tersenyum juga Darlina. Dia membetulkan duduknya dan menoleh ke arah Rizwan. “Thanks for this car. I will try to accept it.” Mereka ketawa bersama-sama buat pertama kalinya. Segala rasa janggal rasa seolah-olah dah terbubar habis.

            “Kereta ni tak setanding dengan nilai budi awak Darlina. You are one in a million. Very rare species on earth.” Sambung Rizwan.

            “Whatever. Sorry sebab berkasar dengan awak.” Ujar Darlina lembut.

            “No lah, it was me. Saya jenis push sebab saya nak sangat hargai awak seboleh mungkin, dan saya tak nampak perasaan awak macam mana.” Sela Rizwan pula.

            Darlina yang mendengar menjulingkan matanya ke atas, dah jadi trademark dah.

            “Tahu pun...”

            Ketawa lagi.

            Rizwan berdehem dan senyap seketika. “So, boleh saya masuk meminang awak tomorrow?”

            Dan opkos lah Darlina jadi blur semula. Diam tak berkutik beberapa saat sebelum mata membulat besar. WHAT?

...


            Empat tahun kemudian,

            Darlina yang sedang berbadan dua mengandungkan anak kedua dia dan Rizwan, sedang bertungkus lumus menyediakan juadah berbuka puasa. Sambil itu, dia tak lupa memerhati Luqman yang sedang duduk di atas meja makan. Anak kecil berusia 2 tahun itu sedang sibuk mewarna kertas lukisannya.

            “Luqman, jaga-jaga.” Pesannya apabila kelihatan Luqman seperti mahu terjatuh. Dia tak menang tangan. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang, tetapi batang hidung si suami masih belum kelihatan.

            Sedang dia sibuk menyediakan pencuci mulut, tiba-tiba terasa badannya dipeluk dari belakang. Tak sempat dia tangkap bunyi enjin kereta, rupanya dah sampai. Darlina tersenyum sampai ke telinga.

            “Assalammualaikum, sayang.” Suara si suami terasa hangat di cuping telinga.

            “Waalaikumussalam, abang.” Dia memusing tubuhnya yang berada dalam pelukan si suami perlahan-lahan kemudian mengucup lembut tangan lelaki itu. “Abang boleh tolong tengokkan Luqman. Tadi masa dia kat nursery, cikgu kata dia terjatuh. Could you please ask him how he’s doing?” pinta Darlina.

            Rizwan tersenyum. “Sure.” Dia melepaskan tangannya dari terus memeluk isteri tersayang dan duduk di meja makan mendapatkan si kecil pula.

            “Luqman, babah here. You sick? Are you okay?” soal Rizwan kepada Luqman yang sedang sibuk dalam dunianya sendiri.

            “Ah, babahhh.” Terus dia melemparkan kertas lukisannya ke tepi. Tangannya didepakan minta didukung babah. “Lutut, lutut.” Dia menunjuk-nunjuk ke arah lututnya yang sedikit terluka akibat jatuh di taska.

            Rizwan segera menyambutnya dan dibawa rapat ke tubuh. “Is it hurt, Luqman?”
            Luqman mengangguk-angguk perlahan. Mukanya merah padam, saling tak tumpah dengan wajah Darlina. Buruk bila mencuka.

            “You wanna cry? Huh, Luqman?” soal Rizwan lagi sambil buat mimik muka sedih. Dah jadi ayah pun, nak mengusik lagi.

            Luqman diam dan mencebik.

            “Boys can cry too. Luqman nak nangis, nangislah.” Ujar Rizwan.

            Kemudian Luqman mendekatkan mulutnya ke telinga Rizwan seolah-olah mahu berbisik. Dia tak mahu ibunya dengar lah tu. Darlina senyum sahaja.

            “Oh, fine fine. Sure.” Rizwan mengenyit matanya kepada Darlina sebelum dia membawa Luqman ke ruang tamu. Kedengaran dari ruang tamu, suara Luqman menangis teresak-esak.
...

            “Dia dah tidur. Letih menangis. Suka pendam macam awak.” Rizwan datang duduk di meja makan kemudian tangannya dibawa mangkuk yang berisi air basuh tangan dan dicelup.

            Darlina turut melabuhkan punggung. “Whatever. Tapi kenapa dia jatuh? Dia tak nak share pun dengan saya. Padahal saya ni ibu dia.” keluhnya.

            “Dia terjatuh masa main kejar-kejar. Dia malu nak cerita kat awak, sebab dia nak jadi hero awak, Darlina. Could you imagine how hurt a superhero would be if his lover knows about his weakness?” balas lelaki itu. Dia sudah selesai mandi setelah menidurkan Luqman.
            “Macam tu pulak eh? Haih, so cute.” Ujar Darlina lagi.

            “Like father, like son lah kemon.” Dia ketawa sendiri manakala Darlina menggeleng-geleng, pura-pura kecewa dengan kenyataan si suami. “But thank you for preparing dinner for us every day. You are a super mom, because you could have ask me tolong awak masak, and you could have time to chill with me, but you put that aside. Awak lebih pentingkan saya dan Luqman. May Allah bless you, sayang. You are beautiful inside and out.”

Darlina tersenyum malu. “Tak perlulah mention abang. Itukan tanggungjawab saya, as a wife and as a mom. Thank you too for being our hero. You could have get some rest after hours of road traffic and ton of appointments, but you choose to help me console Luqman. I had mentioned this too often kut, but I love your mata non-malay tu. You did it, a better version of your parents. May Allah bless you too.” Dia buat thumbs up.

...


            Everyone has stories, might different with anothers, but you either run from it, or learn from it. J Recently, I found there are so many people including a married man/woman, a student, a traveller, a friend, who came from broken-conflicted family. I read from Inche Gabbana post, where I quoted here: “Semakin ke depan generasi kita, semakin canggih perubahan budaya kita termasuklah dari segi akhlak dan bahasa. Jadi, semakin besarlah cabaran ibu bapa dalam sistem keluarga iaitu baitul muslim untuk mendidik dan melindungi anak-anak mereka. Punyalah kita sebagai ibu bapa jaga dan didik anak-anak kita supaya tidak membiasakan diri dengan kata-kata kesat, tetapi bila dihantar ke sekolah, ke alam luar, akhirnya mereka terdedah dengan budaya-budaya yang tidak kita mahu ajarkan kepada mereka. Itu cabaran ibu bapa sekarang.”

            Seseorang individu itu sendiri adalah pemimpin bagi dirinya. Jika tidak berkebolehan untuk memimpin sekolompok golongan dalam jumlah yang besar, setidak-tidaknya kita tidak boleh beralasan untuk tidak memimpin diri sendiri. Perkahwinan bukannya suatu hal remeh- yang hanya melibatkan nafsu semata-mata, tetapi juga melibatkan nasab dan tanggungjawab. Dari sebuah individu yang beriman dan berdisplin, lahirlah sebuah sistem keluarga yang beriman dan berdisplin, kemudian lahirlah sebuah masyarakat yang beriman dan berdisplin.

            Sering saya dengar dari mulut orang, “Anak-anak tidak boleh terasa hati dengan ibu bapa walaupun sedikit.” Saya jelas bahawa Allah sudah menegaskan kita supaya menghormati orang tua kita, tetapi persoalan saya, adakah anak-anak kita bukan manusia? Adakah mereka tidak mempunyai sekeping hati dan perasaan? Adakah kita orang tua berhak menidakkan perasaan mereka yang terluka? For me the answer is not. You can share your opinions, but must be intellectual based opinions.
         
            I should have elaborate and illustrate more the real situation in this short story, but there were times constraint. My point is, to produce/create a good product, we ourselves must prepare to become a great producer. Terlajak perahu boleh diundur, tersilap kata/perbuatan? Do you have any guarantess that nobody will ask you “How are you going to compensate our loses? How will you redeem your mistakes?” Setiap dan sekecil-kecil perbuatan tak kira baik atau jahat, pasti akan dinilai Allah di padang Mahsyar suatu hari nanti. Remember, Allah will never break His promises.

Comments